Thursday 8 January 2009

DATO' HASSAN AHMAD: "SAYA SUDAH MENYAMPAH"

Hassan Ahmad sedia pimpin himpunan 'selamatkan BM'
Jimadie Shah Othman | Jan 5, 09 3:57pm
Datuk Dr Hassan Ahmad menyatakan kesediaanya memimpin Sekretariat Selamatkan Bahasa Melayu - yang merancang mengadakan perhimpunan besar ala Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) - bagi membantah dasar pengajaran dan pembelajaraan sains dan matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).

"Kalau tidak ada orang (tokoh lain), bolehlah," kata tokoh pejuang bahasa itu, yang juga bekas ketua pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

Bagaimanapun, tambah Dr Hassan, butiran lanjut bantahan sekretariat itu, serta jawatan rasmi beliau dalam sekretariat itu belum diputuskan.

Beliau menambah, keputusan berhubung kedua-dua perkara itu bergantung kepada hasil pertemuan sulungnya dengan jawatankuasa pelaksananya - yang dikepalai pengarahnya Hasni Abas - Rabu depan.

Penghujung bulan lalu, sekumpulan NGO Melayu dan parti pembangkang sepakat menganjurkan demonstrasi besar - digelar "Himpunan 100 Ribu Selamatkan Bahasa Melayu" - bagi menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara.

Hasni Jumaat lalu berkata, memorandum tersebut antaranya, memohon campur tangan baginda sebagai ketua negara bagi mengembalikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dua subjek itu.

Umno harus sokong

Sementara itu, Dr Hassan ketika diminta mengulas pelaksanaan dasar kontroversi yang diperkenalkan tujuh tahun lalu itu berkata:

"Saya ini sudah menyampah. (Kerajaan) timbulkan masalah... kerajaan pandai buat masalah tetapi tidak pandai selesai masalah," katanya kepada Malaysiakini hari ini.

"Dulu semasa keputusan (memperkenalkan PPSMI) dibuat, tidak minta pandangan orang lain."

Mengulas lanjut, beliau yang juga pengerusi Yayasan Karyawan berkata, desakan bagi memansuhkan PPSMI "harus datang dari dalam Umno" sebagai parti terbesar orang Melayu dalam gabungan BN.

Tambahnya, sekarang merupakan masa yang tepat untuk menyuarakannya bantahan itu memandangkang pemilihan agung parti itu (Mac depan) hanya tinggal dua bulan lagi.

Dr Hassan turut menyuarakan rasa kecewanya kerana dalam Umno sekarang ini, banyak pemimpin dan ahli-ahlinya, lebih bersikap mengikut sahaja keputusan yang dibuat.

Pertemuan esok

Parti-parti pembangkang juga digesa lebih aktif menyuarakan bantahan itu.

"Kalau PAS (membantah), kuat suaranya. Kalau PKR bersuara, kuat," kata Dr Hassan.

Hasni ketika dihubungi, mengesahkan pertemuan beliau dengan Dr Hassan bagi membincangkan bantahan terhadap pelaksanaan PPSMI.
Menurutnya lagi, pertemuan itu yang asalnya dijadualkan esok, terpaksa ditunda ke hari Khamis depan memandangkan ada ahli jawatankuasa yang tidak dapat hadir pada masa yang telah ditetapkan.

Mengulas perkembangan terkini penyertaan terhadap kempen itu, Husni berkata, 13 NGO dan sayap Pemuda pembangkang - PAS dan PKR - telah pun menyatakan kesediaan mereka terlibat dalam bantahan itu.

NGO terbabit, antaranya, Kesatuan pekerja DBP,Persatuan Linguistik Malaysia, Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Pertubuhan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Gabungan Mahasiswa Islam Semalaysia (Gamis), Persatuan Pengamal Pendidikan Malaysia dan Angkatan Sains Islam Malaysia (Asasi)


AKMAL HISHAM BIN ABDUL RAHIM
(Tel Bimbit: 013-300 5429)

(Petikan daipada Laman Sawang: www.abim.org.my
www.prihatin.net)

Komen:
Yakinlah di peringkat akar umbi, telah berlaku semacam anjakan pradigma yang merata. Oran Melayu umumnya enggan terima bulat-bulat dasar pendidikan dan bahasa seperti yang ada sekarang. Mereka masih teringatkan dasar pendidikan yang dahulu yang diasaskan, terutama oleh Perdana Menteri Kedua. Ramai pemimpin UMNO hari ini yang terlalu obses dengan bahasa Inggeris sehingga tidak segan silu bercakap dalam bahasa itu di mana jua, walaupun kadang-kadang kedengaran sebutan dan nahunya pun "tunggang langgang" juga. Hairan betul, apa benda yang menyebabkan mereka sangat taksub sangat dengan bahasa itu. Oh ya, lupa ada seorang menteri memberikan jawapan,"Demi masa depan anak bangsa kita."

Jika inilah jawapannya, maka alangkah malangnya nasib anak bangsa Peranchis, Jepun, Jerman atau Korea yang tidak pandai berbahasa Inggeris. Mereka hanya pandai bahasa ibunda mereka masing-masing. Kita turut simpati dengan anak bangsa-bangsa ini.
(

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MALAYSIAN LEADERS GAZEBO

SO THEY SAY...

SO THEY SAY...

"A.F.Yassin dalam cerpenya "Dendam" berjaya menghidupkan ceritanya dalam bahasa yang berjiwa; sesuai dengan pertentangan-pertentangan yang dialami oleh Salim atau oleh Yanti sendiri. "Plotnya bersifat sorot pergi sebagai satu gaya untuk mengembangkan kisah pada satu detik tetapi menghimbau kisah itu kepada kisah lampau dan juga kisah akan datang. Latarnya di Indonesia. Cerpen ini hidup kerana tidak dibiar berkisar di luar persoalan. Olahan cerpen bepusar keseluruhannya pada watak Yanti..." (Dato' Shahnon Ahmad, Mingguan Malaysia, 14 November 1976.)



" The former editor of a publishing house, A.F.Yassin, recently put out Sembang Sastera: Bersama Orang Persuratan (Fajar Bakti, 1998,310 pages), in which he talks to 64 Malay writers and literary activists of varying stature, who muse on their lives and what they have been up to. Chatty. Frank, nostalgic, irreverent, these conversations are light, in response to A.F.Yassin’s equally casual probing. His target is largely a small and shrinking group of people aged around 60 and above, loyal supporters of the Jawi-scripted Utusan Zaman, in which most of these Sembang-Sembang first appeared.



"Now that these Sembang-Sembang have been romanised, and packed in a handsome hardcover book, more readers , especially literary researchers, local and foreign, can be expected to benefit from them. Of course, the information ranges from the revealing to the trivial, but the book is pertinent as it provides insight on what went on in the world of Malay letters.



"…Sembang Satera is invaluable, especially to students of contemporary Malay literature, because it provides a cauldron of tidbits, with which to spice up the perennially long-overdue assignment.” - (Zakaria Ali, "Notes on Local Literature, fortnightly with Zakaria Ali, New Straits Times, 27 January, 1999."



"Yassin merupakan penulis yang berilmu dalam dua bidang dan seterusnya melibatkan diri dalam tiga dimensi. Bidang-bidang keilmuan dan keahliannya ialah komunikasi dan sastera, sementara kegiatannya dalam bidang penulisan kreatif dan deskriptif dan serentak dengan itu, turut kreatif dalam penghasilan dan penerbitan buku sesuai dengan profesion terkininya." (Asri Affandi, Mingguan Malaysia, 27 Disember 1987.)



"A.F.Yassin dalam bukunya Etika dan Wartawan berpendapat, pemberitaan akhbar di negara ini boleh dikatakan hanya berpandu kepada etika sejagat dan norma serta kebiasaan hidup masyarakat majmuk. Ketiadaan kod etika kewartawanan juga seperti yang ditekan oleh A. Samad Said telah menjadikan akhbar mengamalkan dasar swaying with the wind, bukan merupakan agent of change, serta cenderung menyuarakan dasar dan strategi pihak penerbit suratkabar itu sendiri." (Harakah, 31 Mei 1993.)

Tidak tahu kenapa dia meninggalkan lapangan guru dalam tahun 1962 kemudian sanggup pula menjadi seorang Juruteknik di sebuah kilang tekstil di Johor Bahru. Apakah dia memikirkan kurangnya anak Bumiputra berminat dalam lapangan teknikal atau kerana mula nampak bintangnya lebih mengerdip jika dia meninggalkan lapangan guru?

Yang ternyata sewaktu berada di Textile Corporation of Malaya Berhad Johor Bahru, dia telah dapat mengikuti latihan teknikal di Nagoya, Jepun selama enam bulan dalam tahun 1969. Di Jepun dia baru dapat melihat perbezaan zikap dan tingkah laku manusia pekerja Jepun dengan bangsanya sendiri. Setelah menimba pengalaman di Jepun, tercetus pula keinginannya untuk menulis rencana bersirinya di Utusan Malaysia, Utusan Zaman dan Mingguan Malaysia. Semuanya menceritakan pengalamannya di Jepun.

Kemampuan menulis telah meransangnya menapak ke bidang kerja yang lain. Dia menjadi Penyunting Berita Harian dalam tahun 1971. Semasa di New Straits Times Press (M) Bhd., dia banyak pula menghasilkan cerpen. Dia terus melanjutkan penulisan fiksyen apabila dilantik menjadi Penolong Editor dan kemudiannya meningkat sebagai Editor majalah Dewan Masyarakat.

Melihat kemampuannya menulis artikel dan cerpen di tengah-tengah kesibukannya sebagi seorang Editor, jelaslah kepada kita bahawa seorang editor yang sibuk tidak semestinya tidak boleh menulis. Pokoknya dia tidak mengenal erti kelelahan dan kesibukan bila dia diransang untuk menulis. ("Karyawan Bulan Ini", Dewan Sastera, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, Mac 1983).