Sunday 30 March 2008

YAHAYA AHMAD, TAN SRI

BIDANG KEJURUTERAAN


TAN SRI YAHAYA AHMAD

TOKOH: Yahaya Ahmad, Tan Sri.

TARIKH/TEMPAT LAHIR: 1947, di Dungun, Terengganu.Meninggal dunia pada 3 Mac 1997.

PENDIDIKAN : (1). Sekolah Melayu Bukit Besi, Dungun, Terengganu, 1954 - 1959. (2). Malay College Kuala Kangsar (MCKK), Perak, 1960 – 1966 (3). Loughborough College, England, dalam bidang kejuruteaan automatif, 1967- 1970.

KERJAYA: (1). Pegawai Eksekutif dengan Wearne Brothers (M), Kuala Lumpur. Naik pangkat sebagai Pengurus Francais Serantau/Am dan kemudian sebagai Pengarah Eksekutif Wira Wearne Brothers (M) Bhd, 1971. (2). Presiden HICOM melalui pengambilalihan HICOM oleh Syarikat miliknya DRB, 1995- 1997.(3) Pengarah dan Pengerusi Perusahaan Otomobil Nasional (PROTON), 1995..(3). Pengerusi Kedah Cement Holdings Berhad, 1995 - 1997. (4). Mechmar Corporation (Malaysia) Bhd., 1995 - Mac1997.

PENCAPAIAN/SUMBANGAN: (1). Memiliki kira-kira 200 syarikat berkaitan pengangkutan terutama dalam bidang automatif di bawah naungan syarikat induknya Kumpulan DRB-HICOM, termasuk pembelian Syarikat Lotus Group International Britain daripada pemilknya Romano Artioli dengan harga RM204 juta, 1996. (2). Pemiiikan syarikat yang bertunjangkan industri automobil ini meletakkan beliau sebagai tokoh jurutera yang memanfaatkan sepenuhnya pengetahuannya dalam bidang kejuruteraan automatif apabila beliau menguasai pemasangan dan pembuatan pelbagai jenis kenderaan termasuk motosikal, kereta, kenderaan pacuan empat roda dan kenderaan berat. (3). Terlibat secara langsung dalam penubuhan syarikat pengangkutan udra, Air Asia. (4). Namanya adalah sinonim dengan industri otomobil nasional dan mendapat julukan umum sebagai “Raja Automatif”.

PENULISAN/PENERBITAN : Tidak ada.

INOVASI: (1). Mengenal pasti hala tuju industri automatif sejajar dengan hasrat kerajaan untuk merealisasikan Wawasan 2020 untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju dalam tahun 2020 (2). Mengorak langkah ke arah meletakkan Malaysia sebagi sebuah negara utama di rantau Asia tengara dalam bidang idustri automatif yang mampu menguasai pemasangan dan pembuatan pelbagai jenis kenderaan ringan dan berat. Kejayaannya menguasai syarikat-syarikat yang bertunjangkan kenderaan automatif adalah langkah awal yang bersifat inovatif. (3). Menyusun semula syarikat HICOM setelah mengambil alih ekuitinya daripada kerajaan dalam usaha mengukuhkan lagi industri automatif tempatan. Hal ini dilakukannya dengan menjadikan DRB sebagai syarikat induknya dan yang akhirnya dinamakan DRB-HICOM.
.
KEGIATAN/PERLANTIKAN: (1). Presiden Dewan Perniagaan dan Perindustrian Kebangsaan Malaysia. (2). Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia. (3. Timbalan Presiden Dewan Perniagaan dan Perindustrian ASEAN. (4) Ahli Majlis Perdagangan Malaysia di pringkat Antarabangsa. (5). Ahli Majlis Penasihat Perdagangan APEC. (5). Ahli Asia-Europe Meeting Business Forum

ANUGERAH/PENGIKTIRAFAN: (1). Anugerah bintang kebesaran Darjah Panglima Setia Mahkota (PSM) oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong yang mmbawa gelaran Tan Sri, 1996.
.

Saturday 29 March 2008

ABD. KADIR SHAMSUDDIN, TAN SRI

BIDANG PENTADBIRAN
TAN SRI ABD. KADIR SHAMSUDDIN

Tan Sri Abd. Kadir Shamsuddin

TOKOH: Abd. Kadir Shamsuddin, Tan Sri

TARIKH/TEMPAT LAHIR: 1 November 1920 di Kajang, Selangor. Meninggal dunia pada November 1978.

PENDIDIKAN : (1). Sekolah Melayu Rendah dan Menengah di Kajang sehingga tahun 1938. .(2). Raffles College, Singapura untuk jurusan Ekonmi, 1940. (3). Bristol University, London, UK, dalam jurusan Undang-Undang, 1947.(4). Yale University, Amerika Syarikat, 1954.

KERJAYA: (1). Penolong Pegawai Pos, 1939. (2). Memasuki Perkhidmatan Pentadbiran Melayu, 1948.. (3). Penolong Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang setelah dilantik bekerja dalam Perkhidmatan Awam, 1952.(4). Penolong Setiausaha Kemnterian Pertahanan, 1955. (5). Pemangku Ketua Penolong Setiausaha Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, 1956..(6). Ketua Penolong Setiausaha Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, 1959..(7). Setiausaha tetap Kementerian Pertahanan, 1961..(8). Ketua Pentadbir, Urus Setia Hal Ehwal Awam Malaysia dalam Majlis Gerakan Negara (MAGERAN), 1969. (9). Ketua Setiauaha Negara, 1970 – 1976. (10). Pengerui dan Ketua Eksekutif Petrolium Nasional Bhd. (Petronas) 1976.

KEGIATAN/PERLANTIKAN: (1). Dilantik sebagai Setiauaha bersama dengan Tan Sri T.H.Tan untuk rombongan kemerdekaan Malaya ke London.1956.(2). Dilantik sebagai Pengerusi Bahagian Pembangunan Negara yang menetapkan Dasar Ekonomi Negara.(3). Dilantik sebagai Pengerusi Majlis Tdbir Universiti Pertanian Malaysia. (4). Dilantik Pengerusi Persatuan Pengurusan untuk Pentadbir-Pentadbir (MASPA).(4). Dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Kebangsaan Mengenai Tadbir Pembangunan. (5). Dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Letrik Negara.

PENCAPAIAN: (1). Berjaya menerima anugerah dua biasiswa berprestij dalam bidang pendidikan, iaitu Queen’s Scholarship untuk melanjutkan pelajaran Undang-Undang di United Kingdom, dan Fullbright Exchange Fellowship untuk ke Yale University, Amerika Syarikat.(2) Melibatkan diri dalam rundingan untuk mencapai kemerdekaan dengan tugasnya berbincang tentang kawalan ke atas kewangan negara, perlantikan warganegara Tanah Melayu bagi mengetuai jabatan kerajaan, keselamatan dalam negeri dan pemulihan perlembagaan. (3) Turut terlibat dalam perbincangan untuk membentuk Malaysia dan perbincangan keamanan dengan Presiden Soekarno di Filipina, Tokyo dan Bangkok. (4). Menjayakan Perjanjian Perkongsian dan Penghasilan serta Pembentukan Malaysia LNG Sdn. Bhd.

INOVASI: (1). Mencadangkan dan bertanggungjawab dalam pelaksanaan menggantikan nama dan fungsi Federal Establishment Office kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dengan tujuan untuk menyusun semula Pejabat Perjawatan Persekutuan. (2). Menghindar peraturan yang berbau (karenah) birokratik dan mewyjudkan sistem maklum balas (feedback) dan pemantauan. (3). Mencadangkan satu kajian terhadap tangga gaji dalam sistem Pentadbiran.

ANUGERAH/GELARAN:

ABDULLAH MOHD. SALLEH, TUN

BIDANG PENTADBIRAN


TUN ABDULLAH MOHD. SALLEH

TOKOH: Abdullah Mohd. Salleh, Tun

TARIKH/TEMPAT LAHIR: 24 Jun 1926 di Padang Sebang, Alor Gajah, Melaka. Meninggal dunia pada 22 Jun 2006.

PENDIDIKAN : (1). Sekolah Melayu Padang Sebang, Alor Gajah, Melaka, .(2). Sekolah Melayu Air Pak Abas, Alor Gajah Melaka. (3). Bandar Hilir English School, Melaka..(4). High School Melaka, (5). Malay College Kuala Kangsar (MCKK), Perak 1950 (5). Universiti Malaya, Singapura, dan lulus ijazah Sarjana Muda Sastera, 1952 -1954.

KERJAYA: (1). Penolong Pegawai Daerah (ADO) di Johor Bahru, Johor, 1955. (2). Penolong Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, 1956 - 1958. (3). Setiausaha Sulit kepada Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman Putera Al-Haj, 1959 - 1962.(4). Timbalan Setiausaha Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, 1962 – 1966..(4). Setiausaha Rendah Kabinet di Jabatan Perdana Menteri, 1967 – 1968. (5). Pendaftar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), 1969 – 1971..(6). Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Perikanan, 1972 – 1974..(7). Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, 1975..(8). Ketua Setiausaha Negara, 1976 - 1977. (9). Ketua Eksekutif Petrolium Nasional Bhd. (Petronas) 1978.

KEGIATAN/PERLANTIKAN: (1). Dilantik sebagai Pengerusi Majlis Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) .(2). Dilantik Naib Presiden Kelab Golf Negara Subang, Selangor.(3). Dilantik Presiden Persatuan Perancang Keluarga..(4). Dilantik Pengarah bukan Eksekutif Hongkong Bank Malaysia, 1994.

PENCAPAIAN: (1). Ketika bertugas sebagai Pendaftar di UKM, beliau berjaya mempercepat penyelesaian masalah tenaga akademik untuk mengubah sikap dan tindakan mereka dan beralih menggunakan bahasa pengantar bahasa Melayu dalam perkuliahan. Keazaman dan ketekunan sebagai pelaksana dasar universiti, beliau akhirnya diiktiraf sebagai salah seorang tokoh unggul universiti dengan penganugerahan ijazah kehormat Doktor Undang-Undang oleh UKM pada 1980.

INOVASI: (1). Sebagai Pendaftar pertama Universiti Kebangsaan Malaysia, beliau menjadi penggerak utama dalam membangun dan memajukan universiti berkenaan. Beliau ibarat tiang seri tempat bersandar kepada permulaan sebuah universiti yang julung-julung kali menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar sepenuhnya, 1970.

ANUGERAH/GELARAN: (1). Anugerah bintang kebesaran Darjah Mulia Sri Melaka (DMSM), 1974..(2). Anugerah bintang kebesaan Darjah Panglima Mangku Negara ((PMN) oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong yang membawa gelaran Tan Sri, 1977..(3). Anugerah bintang kebesarn Dato’ Paduka Mahkota Terengganu (DPMT), 1981.(4). Anugerah Doktor Kehormat Undang-Undang Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), 1980 (5). Anugerah Felo Intan oleh Institut Pentadbiran Awam Negara (INTAN), 1980..(6). Anugerah bintang kebesaran Seri Setia Mahkota (SSM) oleh Seri Paduka Baginda Yang Dpertuan Agong yang membawa gelaran Tun, 2003.

Thursday 27 March 2008

ABDUL AZIZ AL-HUSNI

BIDANG PENERBITAN

TOKOH: Abdul Aziz Al-Hasni. Nama sebenar Abd. Aziz Bin Hassan.

TARIKH/TEMPAT LAHIR: 29 Ogos 1919 di Kampong Beranang, Selangor. Meninggal dunia pada 27 Jun 1982 di Kuantan, Pahang..

PENDIDIKAN : (Awal) Sekolah Melayu Beranang dan di Sungei Pelong, (Terakhir) Sekolah Inggeris, Bentong, Pahang, 1931 – 1933.

KERJAYA: (1). Penolong Pengurus Sungai Ujong Press, Seremban, 1934 – 1935. (2). Anggota Sidang Pengarang majalah Temasya yang diterbitkan di Kuala Lumpur, 1936. (3). Pembantu Penyelenggara Teruna Press di Batu Pahat, Johor, 1937. (4). Pemilik Setia Press di Rasa, Kuala Kubu Baru, Selangor, 1938. (5). Kerani di Taiping, Perak, 1939 – 1943. (6). Pengatur Huruf di sebuah penerbit di Kuala Lumpur semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu, selama empat bulan. (7). Pegawai Propaganda Jepun di Taiping, Perak ketika Jepun di bawh takluk Jepun. (8). Menjadi pemilik Timur Presslatih di Dungun, Terengganu, 1954 – 1964.

PENCAPAIAN: (1). Beliau hanya berkelulusan sekolah rendah Melayu dan sekolah Inggeris hanya setakat Darjah Empat beliau berjaya menapai cita-citanya menjadi seorang penerbit, penetak dan pengarang..(2). Dalam masa pendudukan Jepun dengan bakat penulisan yang ada, beliau berjaya menghasilkan 13 skrip drama pentas, yang kebanyakannya dipentaskan kepada buruh paksa yang sedang membina jalan keretapi di Thailand Selatan (3). Pengalaman luasnya dalam bidang penerbitan ketika bertugas di Sungai Ujong Press di Seremban dan di Teruna Press di Batu Pahat dimanfaatkannya untuk menubuhkan Setia Press di Rasa dan Timur Press di Dungun. (4). Berjaya menjadi seorang penulis yang prolifik dalam dua bidang, iaitu drama pentas dan novel dengan menerbitkan sendiri kebanyakan hasil karyanya. .

INOVASI: (1) Minatnya dalam bidang penerbitan, percetakan dan persuratan telah mengilhamkannya untuk menjadi penerbit dan pencetak, dan berjaya mendirikan dua syarikat percetakan, iaitu Setia Press di Kuala Kubu Baru dan Timur Press di Dungun, Terengganu. (2) Beliau mengangkat tema perjuangan orang Melayu dan nasionalisme, terutama dalam 13 buah drama pentasnya sebagai tanda simpatinya terhadap buruh paksa yang berkerja di Thailand Selatan.(3). Beliau mengambil daya usaha menerbit dan meneak hasil karyanya sendiri.

PENULISAN/PENERBITAN: (1). Antara drama pentas yang dihasilkan sejak tahun 1934 ialah “Darah Pahlawan Perak”, “Orang Kaya Bahaman Semantan dan “Terang Bulan di Pulau Mentari.” Di samping 13 drama pentas untuk buruh paksa di Thailand Selatan. (2).Antara novelet yang diterbitkan termasuklah: Air Mata Kekasih, Bermalam Di Kota Bharu, Ibu Tiri, Kekasih Ke Perantauan, Langkah Moden, Melur, Pembelaan Gadis Huma, Pemuda Angkatan Baru, Pemuda Kebangsaan, Selamat Tinggal Melayu, Sayang Kekasih Maut Menanti, Gelombang Peruntungan dan Pembuka Rahsia Kebangsaan.

.

AHMAD LUTFI

BIDANG PENERBITAN


TUAN SYED ABDULLAH BIN ABD. HAMID EL-IDRUS (AHMAD LUTFI)

TOKOH: Ahmad Lutfi. Nama sebenar Syed Abdullah bin Abd. Hamid El-Edrus. Nama samaran A.H. Edrus, Penyambil, Penetap dan Anak Melayu.

TARIKH/TEMPAT LAHIR: 11 Julai 1911 di Banjarmasin, Kalimantan Selatan, Indonesia. Meninggal dunia pada 20 Oktober 1966 di Singapura.

PENDIDIKAN : (Awal) Sekolah Melayu Sampit, Kalimantan dan menerima pendidikan agama Islam darpada bapanya sendiri dan seorang ulama di Kalimantan. Setelah berhijrah ke Singapura pada tahun 1930, beliau menerima pendidikan lanjutan daripada ulama, Haji Wan Abdullah.,

KERJAYA: (1). Pelatih pengatur huruf di AngloAsiatic Press, Singapura (Warta Malaya Press Limited). (2). Pembaca Pruf dengan Warta Malaya Press Limited, 1934. (3). Pemilik percetakan Qalam Press Limited di Geylang Road, Singapura, September 1951. (4). Penerbit majalah Aneka Warna, 1954 – 1955. (5). Novelis.

PENCAPAIAN: (1). Berjaya menerbitkan novel-novelnya sendiri. Sejumlah 26 judul telah dihsil dan diterbitkannya sendiri dari 1948 hingga 1951. (2) Menubuhkan percetakan sendiri dengan nama Qalam Press Limited, 1934.

INOVASI: (1) Ahmad Lutfi menggunakan penanya untuk berjuang menyedarkan masyarakat Melayu tentang kepincangan golongan ini melalui kupasan dan kritikan yang tegas dan mendalam. Ahmad Lutfi cuba membongkar semula kepincangan orang Melayu seperti yang pernah diceritakan oleh Abdullah Munsyi dalam kisah pelayarannya di Semenanjung sebelum ini. (3) Turut memberi tumpuan kepada perjuangan orang Melayu dalam bidang politik. Pengalamannya dalam peristiwa Malayan Union, Kisah Natrah dan persoalan yang dihadapi rakyat Palestin dijadikan bahan kesedaran buat bangsanya dengan menulis dan menerbitkan buku-buku seperti Malayan Union dan Sabil Palestin.

PENULISAN/PENERBITAN: Antara 26 judul yang diterbitkannya sendiri termasuklah: (1). Malayan Union, 1946. (2). Sabil Palestin, 1948. (3). Sisa Neraka Dunia, 1948. (4). 1374 Hari Berjuang, 1948. (5). Balik Dari Medan Perjuangan, 1948. (6). Bangkai Bernyawa, 1949. (7). Pelayan, 1949. (8). Terkorban Di Bilik 69, 1949. (9). Hoki, 1949. (10). Manager, 1949. (11). Korban Nyusyuz, 1949. (12). Janda, 1949. (13. Tuan Guru Mata Keranjang, 1949. (14). Geylang Serai Karam, 1949. (15. Tuan Kadi, 1950. (15). Ustazah, 1950. (16). Anak Angkat, 1950. (17). Utusan Murtad, 1950. (18). Anak Kiai, 1950. (19). Kawan Syaitan, 1951. Antara buku pengetahuan yang ditulis dan terbitkan sendiri termasuklah Surat-Menyurat Jawi, Surat-Menyurat Rumi, Sejarah Nabi Muhammad, Tarikh Islam Ringkas, Riwayat Perang Besar Yang Kedua dan Persuratan Melayu I, II dan III, 1962.

Monday 24 March 2008

ABDUL GHAFAR BIN BABA, TUN

BIDANG POLITIK

Tun Abdul Ghafar Bin Baba di kediamannya di Bangsar, Februari 2006.

TOKOH: Abdul Ghafar Bin Baba, Tun.

TARIKH/TEMPAT LAHIR: 18 Februari 1925 di Kuala Pilah, Negeri Sembilan..Meninggal dunia pada 23 April 2006.

PENDIDIKAN : (1). Sekolah Melayu Kuala Pilah,Negeri Sembilan, 1931 - 1936. (2). Sekolah Melayu Tangga Batu, Melaka, 1937 – 1940. (3). Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI), Tanjung Malim, Perak, 1946 – 1949.

KERJAYA: (1). Guru di Melaka, 1949 – 1955. (2). Ketua Menteri Melaka, 1959 – 1967. (3). Menteri Tidak Berportfolio, dengan Tugas-Tugas Khas bagi Kemajuan Luar Bandar, 1968. (3).Menteri Pembangunan Negara dan Luar Bandar, 1969 – 1976. (4). Timbalan Perdana Menteri Malaysia, merangkap Menteri Pembangunan Negara dan Luar Bandar, 1986 – 1993.

PENCAPAIAN: Pencapaiannya yang membanggakan adalah dalam politik UMNO sejak beliau terlibat sepenuh masa di Melaka pada 1955. Beliau memegang pelbagai jawatan politik: (1). Setiausaha UMNO Melaka, 1951 - 1955, (2). Pengerusi UMNO Melaka, 1955 – 1973. (3). Ahli Majlis Tertinggi UMNO, 1957 – 1993. (4). Ketua Penerangan UMNO, 1958 – 1962. (5). Naib Presiden UMNO, 1962 – 1987. (6). Presiden de facto MCA selama 10 bulan ketika MCA menghadapi krisis politik, 1985). (7). Timbalan Presiden UMNO, 1986 – 1993. Beliau pernah mengetuai Jawatankuasa Sambutan Perisytiharan Kemerdekaan Tanah Melayu di Melaka, 1956.

INOVASI: (1). Ketika masih menuntut di Maktab Perguruan Sultan Idris, Tanjung Maiim, beliau mengambil inisiatf mengumpulkan para pelajar maktab tersebut bagi mengadakan demonstrasi besar-besaran membantah layanan buruk kerajaan British terhadap penuntut-penuntut maktab, 1948. (2). Ketika memimpin Majlis Amanah Rakyat, beliau menyusun strategi dan rancangan bagi memulihkan kehidupan dan ekonomi orang Melayu. (3) Membantu Perdana Menteri, Tun Abd. Razak menubuhkan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA), Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (FELCRA) dan pihak Berkuasa Kuasa KemajuanPekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA). (4). Mengetuai satu Jawatankuasa UMNO untuk mengkaji dan memperbaiki masalah perselisihan kaum,, berikutan peristiwa 13 Mei 1969. (5). Mengasaskan penubuhan Kolej MARA dan ITM yang kini menjadi Universiti Teknologi MARA (UiTM), Ketika itu beliau bertugas sebagai Pengerusi MARA, 1967 – 1971.
.
ANUGERAH/GELARAN: Anugaerah bintang kebesaran Darjah Seri Mahkota (SSM) oleh Yang Dipertuan Agong yang membawa gelaran Tun, 1998. (2). Anugerah Tun Abdul Razak,

ABD AZIZ BIN ISHAK

BIDANG POLITIK
ABDUL AZIZ BIN ISHAK

ABDUL AZIZ ISHAK


TOKOH: Abdul Aziz Bin Ishak

TARIKH/TEMPAT LAHIR: 21 September 1914 di Padang Gajah, Trong, Perak

PENDIDIKAN : (1). Sekolah Melayu Jeram, Kuala Selangor, Selangor Darul Ehsan. (2). Sekolah Melayu Kuala Kurau, Perak (3). Raffles College, Singapura. (4). Pusat Penelidikan Ikan di Singapura (kursus sambil belajar)

KERJAYA: (1). Pegawai Perikanan, Port Dickson. (2). Pemberita dengan Akhbar Utusan Melayu, Singapura.(3). Ahli Majlis Mesyuarat Persekutuan, 1954.(4). Menteri Pertanian, 1955.

PENCAPAIAN: (1). Bergiat dalam Kesatuan Melayu Singapura menentang Malayan Union, 1945.(2). Menubuhkan Gerakan Angkatan Melayu (GERAM) dengan bantuan Ismail dan Thaharudin Ahmad.(3) Berjaya meningkatkan kemarahan Peseruhjaya Tinggi British di Tanah Melayu Sir General Templer dengan menggelar Ishak sebagai “Pembeita Tikus” kerana liputannya tentang Hari Kemahkotaan Ratu Elizabeth Ke-2 yang menyemarakkan semangat anti penjajahan dalam kalangan orang Melayu, 1953.

INOVASI: (1). Menggalakkan pembukaan tanah, termasuk tanah hutan di Pahang untuk kegunaan petani melalui Rancangan Pembangunan Masyarakat. (2). Mencadangkan supaya tanah tinggi berhawa dingin di negara ini ditanam dengan tanaman berhawa sederhana, menggalakkan perusahaan tiram, dan kerang di samping menanam pisang secara komersial (3) Menaja Kelab Wartawan Kuala Lumpur (4). Menyemarakkan semangat anti-penjajah di kalangan orang Melayu akibat beliau dilabelkan sebagai “Pemberita tikus” (rat reporter) oleh Jeneral Sir Gerald Templer, Pesuruhjaya Tiggi British di Malaysia kerana liputan berita yang tidak menyenangkan Pesuruhjaya tinggi ketika Abdul Aziz berada di london. (5). Memulakan projek penanaman padi dua kali setahun. (6). Meminta pakar pertanan dari Jepun untuk menyediakan Dasar Projek Pengairan Muda di Kedah. (7). Menggalakkan orang ramai membina rumah kayu dan memakan buah-buah tempatan.(8). Mengambil inisiatif menubuhkan Kelab Wartawan Kuala Lumpur dan menubuhkan Gerakan Angkatan Melayu (GERAM)., 1945.
.
PENULISAN/PENERBITAN: (1). Katak keluar Dari Baah Tempurung. (2). Riwayat Hidup Tunku Abd. Rahman (3). Tamu Istimewa (4). Lompat Si Katak Lompat (5). Mencari Bako.

ABDUL RAZAK BIN HUSSEIN, TUN

BIDANG POLITIK


TUN ABDUL RAZAK BIN HUSSEIN

TOKOH: Abdul Razak Bin Hussein, Tun

TARIKH/TEMPAT LAHIR: 11 Mac 1922 di Kampung Langgar Jambu, Pekan Pahang.Meninggal dunia di London, pada Januari 1976.

PENDIDIKAN : (1). Sekolah Melayu Pekan, Pahang. (2). Maktab Melayu Kuala Kangsar, Perak. (3). Raffles College, Singapura.1940 (4). Lincoln’s Inn, London, UK. Dengan kelulusan dalam bidang Undang-Undang, 1950

KERJAYA: (1). Penolong Setisuaha Kerajaan Negeri Pahang, 1952. (2). Menteri Pelajaran Persekutuan Tanah Melayu, Julai 1955 – 1959..(3).Menteri Besar Pahang, 1955. (4). Menteri Pelajaran, 1955, (5). Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Menteri Pertahanan., 1957. (6). Ketua Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) 1969. (7). Perdana Menteri Malaysia, 1970.


Tun Razak bersama keluarga

PENCAPAIAN: (1). Sumbangan besarnya adalah dalam bidang-bidang pendidikan. ekonomi luar bandar dan dasar luar negeri. (2). Dalam dasar pendidikan, penggunaan bahasa pengantar diselaraskan untuk semua sekolah dari peringkat menengah hingga ke peringkat tinggi. Bahasa pengantar yang digunakan ialah bahasa Melayu. (3). Untuk dasar luar, beliau memperkenalkan dasar luar yang tidak memihak, menyimpang dibandingkan dasar luar yang pro-Barat yang diamalkan sebelumnya. (4). Menyelesaikan tuntutan Filipina ke atas Sabah dan menyelesaikan Konfrontasi dengan Indonesia. Dengan penyelesaian ini Filipina dan Indonesia mengiktiraf Malaysia sebagai negara berdaulat dan merdeka. (5). Penubuhan pakatan ekonomi dan sosial dalam kalangan negara-negara lain di Asia Tenggara yang dinamakan Association of Southeast Asian Nations (ASEAN). (6). Berjaya membawa Malaysia keluar daripada kepompong Barat dan menjadi sebuah negara berkecuali dalam apa yang disebut sebagai Negara-negara Berkecuali (Non-Aligned Nations)., 1969. (5). Mengadakan hubungan perdagangan dua hala dengan China dan dalam waktu yang sama memeterikan perjanjian (pakatan) ketenteraan lima negara dengan Britain, Australia, New Zealand dan Singapura.


Memorial Tun Abd. Razak yang dahulunya adalah kediaman rasmi Tun Abd. Razak dan yang terletak di kawasan Lake Garden, Kuala Lumpur.
INOVASI: (1). Memperkenalkan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa pengantar pada peringkat sekolah menengah dan tinggi, 1955. (2). Memperkenalkan satu sistem pendidikan kebangsaan bagi seluruh rakyat tanpa mengira kaum yang dikenali dengan Dasar Pelajaran Kebangsaan atau Laporan Razak, 1956. (3) Menubuhkan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) bagi memberi tanah kepada rakyat miskin, 1965). (4). Menubuhkan Bank Bumiputra dengan tujuan mempermudah pinjaman oleh golongan pengusaha Meayu dengan faedah yang rendah., 1965. (5). Membuka projek pertanian secara perdagangan di Jengka untuk penanaman kelapa sawit. Melalui projek Jengka diharapkan tahap kemiskinan dalam kalangan penduduk luar bandar dapat dikurangkan.s(6). Memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang bertujuan menghapuskan kemiskinan dan menstrukturkan semula masyarakat tanpa mengira kaum dan tahap ekonomi.. (7). Memperluas gabungan politik dalam Perikatan (UMNO, MCA dan MIC) dengan membuka gabungan kepada parti-parti lain seperti Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Parti progresif Rakyat (PPP) dan Parti Islam Setanah Melayu (PAS). 1972. (8) Menubuhkan Petroleum Nasional Berhad (PETRONAS) dengan tujuan memberikan hak monopoli mengeluarkan minyak di negara ini.1974.
.
ANUGERAH/GELARAN: Anugaerah bintang kebesaran Darjah Seri Maharaja Mangku Negara (SMN) yang membawa gelaran Tun oleh Yan Dipertuan Agong,

Saturday 22 March 2008

MOHAMED SAID BIN HAJI MOHAMMAD, TAN SRI

BIDANG PERUBATAN

Tan Sri Dr. Mohamed Said Hji Muhammad

BIDANG PERUBATAN

TOKOH: Mohamed Said Bin Haji Muhammad, Tan Sri.

TARIKH/TEMPAT LAHIR: 31 Oktober 1907, di Linggi, Negeri Sembilan. Meninggal dunia pada 22 Julai 1996.

PENDIDIKAN : (Awal) Sekolah Melayu Linggi, Negeri Sembilan dan kemudian ke Sekolah Inggeris Maktab Melayu Kuala Kangsar, Perak. (Terakhir). King Edward VII College of Mediine, Singapura, lulus dalam bidang perubatan, 1932. Mengikuti kursus kepakaran perubatan di Institue of Child Care, Shool of Tropical, London University, UK dan di Rotunda Lying in Hospital, Dublin.

KERJAYA: (1). Pegawai Perubatan di Hospital Daerah Pekan, Pahang, Hospital Besar Kuala Lumpur. (2). Doktor Pakar di Hospital Besar Seremban, Negeri Sembilan. (3). Pakar Obstetrik di hospital Besar, Seremban. .(4). Ahli Majlis Mesyuarat Negeri Sembilan, 1955. (5). Menteri Besar Negeri Sembilan, 23 Jun 1959 – 1969.

PENCAPAIAN: (1). Anak Melayu Negeri Sembilan pertama berkelulusan doktor pakar dalam bidang perubatan. (2). Kejayaannya dalam bidang politik, walaupun kelulusan dalam bidang perubatan sehingga menapai tahap puncak kerjayaya apabila dilantik ke jawatan tertinggi politik di tanah Adat Perpatih itu sebagai Menteri Besar. Kejayaannya sampai ke puncak apabila beliau menang dalam Pilihanraya Umum 1959 bagi kawasan Linggi. (3). Wakil Malaysia di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York, Amerika Syarikat, 1963.

INOVASI: (1) Memanfaatkan bakat penulisannya untuk menyebarkan pandangan dan ideanya tentang keadaan kesihatan rakyat tetapi juga tentang politik . Banyak tulisannya disiarkan dalam The Straits Times, Majalah Guru dan Malayan Medicine Journal. (2). Ambil inisiatif sendiri menterjemahkan buku sejarah Sungai Hujung karangan R. Wilkinson dan buku Inggeris Rembau (sebahagian) karangan Parr dan McRay dan tersiar dalam Majalah Guru,

PENULISAN/PENERBITAN: (1). Menjadi editor majalah Medical Union Magazine ketika menuntut di King Edward VII College of Medicine, Singapura. (2). Menjadi editor majalah Semaian semasa di MCKK. (3) Sungai Hujung (terjemahan) karangan R. Wilkinson. (4). Artikel “Rembau” (terjemahan) karangan Parr dan McRay. (4). Malignant Malnutrition (Kwashiorkor) yang disiarkan majalah Malayan Medicine Journal. (5) Penyumbang tetap untuk The Straits Times dan Majalah Guru yang diterbitkan di Tanah Melayu.. Semua tulisan berkisar tentang perubatan dan politik semasa.

ANUGERAH/GELARAN: (1). Anugerah bintang kebesaran Dato’ Setia Perkasa Negeri Sembilan (SPNS) oleh Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, yang membawa gelaran Dato’. (2). Anugerah bintang kebesaran Panglima Mangku Negara (PMN) oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong yang membawa gelaran Tan Sri. (3). Queen’s Fellowship, UK, 1941. (4). Ijazah Kehormat Doktor Undang-Undang dari Universiti Malaya, 1976.

Friday 21 March 2008

UNGKU OMAR UNGKU AHMAD, DATO' DR.

BIDANG PERUBATAN


DATO' DR. UNGKU UMAR BIN UNGKU AHMAD

TOKOH: Ungku Umar bin Ungku Ahmad, Dato’Dr.

TARIKH/TEMPAT LAHIR: 18 Januari 1931, di Johor, Bahru, Johor.

PENDIDIKAN : (Awal) Sekolah Melayu Kluang, Segamat, Pontian dan Tangkak. Kemudian ke Sekolah Inggeris Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK), Perak. (Terakhir). Universiti Malaya, Singapura, dan lulus ijazah MBBS, 1957. Royal College of Physician London serta Royal College of Surgeons England. Beliau lulus peringkat Diploma dalam bidang Patalogi, 1962. Lulus Ph.D dalam bidang Clinial Chemistry di institusi yang sama, 1965

KERJAYA: (1). Pegawai Perubatan dan Penyelidikan di Pusat Penyeldikan Perubatan kuala Lumpur. (2). Pendaftar di Jabatan Pathology, Royal Free Hospital, School of Medicine, London, 1962. .(3). Pengarah Pusat Penyelidikan Perubatan Kuala Lumpur, 1965.

PENCAPAIAN: (1). Anak Melayu pertama yang dilantik sebagai Pengarah Pusat Penyelidikan Pertama Kuala Lumpur (2) Ketika keadaan kesihatan rakyat, terutama di luar bandar masih belum terbela beliau mengunjungi kampung-kampung untuk memberikan ceramah dan bimbingan kepada penduduk tentang kesihatan, terutama sakit malaria. (4). Banyak kali mewakili Malaysia dalam persidangan Perubatan antarabangsa dan memberi sumbangan dalam bentuk ceramah dan pidato umum di Australia, Indonesia, Amerika Syarikat, Filipina, China dan Singapura. Ceramah dan pidatonya berkisar tentang peri pentingnya hasil penyelidikan perubatan disebarluaskan untuk menjaga kesihatan rakyat. Kebanyakan persidangan ini dianjurkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Lembaga Penyelarasan Kerjasama Serantau Dalam Perubatan Tropika (SEAMES).

INOVASI: (1) Bersama dengan DBP beliau membentuk istilah Perubatan dalam bahasa Melayu. (2). Mengambil inisiatif memberi ceramah melalui radio tentang kesihatan sehingga beliau digelar “Doktor Radio”.

PENULISAN/PENERBITAN: (1). Telah menhasilkan lebih daripada 40 kertas kerja dan prosiding tentang perubatan dan ditanggapi dengan baik oleh pengamal-pengamal perubatan di Asia Tenggara khuusnya, dan dunia amnya. (2). Tesis Ph.Dnya bertajuk “Electrolytes in Isolated Human Leucocytes.” Menjadi bahan rujukan utama buat mahasiswa jurusan perubatan. (3). Penyumbang rencana secara berkala untuk majalah Mastika dan Dewan Masyarakat

ANUGERAH/GELARAN: (1). Anugerah bintang kebesaran Darjah Setia Mahkota (DSM) oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong, yang membawa gelaran Dato’, Jun 1967. (2). Anugerah bintang kebesaran Darjah Kerabat Yang Dihormat oleh Sultan Johor, Oktober 1967. (3). Gelaran Profesor oleh Universitas Nasional, Jakarta, Indonesia, 1968. (4). Namanya diabadikan untuk institusi Politeknik Ungku Umar, Ipoh, Perak setelah beliau meninggal dunia pada 15 Februari 1969.

ARIFFIN BIN SAMSURI, PROF. DR.

BIDANG KEJURUTERAAN

TOKOH: Ariffin Bin Samsuri, Prof. Dr.

TARIKH/TEMPAT LAHIR: 24 Julai 1954 di Kg. Paya Panjang, Bukit Pasir, Muar, Johor.

PENDIDIKAN : (1). Sekolah Kebangsaan Kg. Paya panjang, 1960 - 1966. (2). Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Perak, Pt. Beting, Muar, Johor, 1967 - 1969. (3). Sekolah dato' Sri Amar Diraja, Muar, Johor, 1970 - 1971. Sekolah Alam Shah, Cheras Kuala Lumpur, 1972 - 1973. (4). Institiut Teknologi Bandung,(ITB), Indonesia lulus Bachelor of Engineering (B.Eng) dan Sarjana Kejuruteraan (M. Eng.) dalam bidang Kejuruteraan Petroleum dengan ijazah Sarjana dalam bidang Kejuruteraan Petroleum,1974 - 1981. (5). Strathcylde University, United Kingdom, lulus dengan ijazah PhD dalam bidang Kejuruteraan Petroleum, 1987 - 1990.

KERJAYA: (1). Ketua, Jabatan Kejuruteraan Petroleum, Universiti Teknologi Malaysia,(UTM) 1985 – 1987..(2) Timbalan Dekan Fakulti Kejuruteraan Sumber Asli dan Kimia, UTM (1991 – 1998.(3). Timbalan Pengarah Pusat Pengurusan Penyelidikan, UTM, 2000 – 2002. (4). Dekan Pusat Pengurusan Penyelidikan, UTM 2000 -

PENCAPAIAN/SUMBANGAN: (1). Mempunyai kepakaran dalam bidang Sains Gunaan dan Teknologi. (2). Kepakaran dalam bidang Sains Bumi. (3). Kepakaran dalam bidang Sains Kejuruteraan. (4). Menyumbang nasihat pakar dalam Program Kajian Keperluan Tenaga Manusia untuk Kerajaan Negeri Terengganu, 1993 – 1995. (5) Menyumbang nasihat pakar dalam Kajian Bentonite berdasarkan Spesifikasi API untuk Tanjung Offshore Services Sdn. Bhd. (1992. (6). Menyumbang kepakaran dalam Analisis Pencemaran bukan Haidrokarban, untuk Asia Lab Sd. Bhd., 1992. (7). Menyumbang kepakaran kepada Kajian Padang Cement, Spesifikasi 10 API, untuk Tanjung Offshore Services Sdn. Bhd., 1992.

PENULISAN/PENERBITAN : (1). Reservoir Fluid Properties oleh Ariffin Samsuri, UTM, 1993. (2). Istilah Kejuruteraan, oleh Ariffin Samsuri et.al., DBP, 1988. (3). Glossari Industri Petroleum, oleh Ariffin Samsuri et.al, DBP, Edisi Pertama, 1995 dan Ke-2,1999. oleh Ariffin Samsuei et-al., 1995. (3).Kamus Industri Petroleum, oleh Arrifin Samsuri, A. Aziz Hussin dan Ahmad Kamal Idris, DBP, 1988. (4). “Minerology & Physical-Chemistry Characteristics of Bentonite Clay from Sabah, Malaysia”, artikel Ariffin Samsuri Sonnay Irawan, indian Journal, Jilid 1, Feb. 2006. (5) Prosiding “Minimize Sand Production by Controlling Wellbore Geometry & Flow Rate”, oleh Ariffin Samsuri dalam International Oil & Gas Conferene and Exhibition, China 7 – 10 November 2000. (6). Prosiding “effets of Petrographical Rock and Properties to the Strength & Behaviour of Rocks’ oleh Ariffin Samsuri, Yahya Sukirman & Pham Vu Chuong, di Persidangan Nonlinear Solid Mehanics yang pertama di University of Victoria. Kanada, 16 – 20 Jun 1999.

KAJIAN (Antaranya): Memimpin kumpulan penyelidik untuk mengkaji (1). Oil and Gas Wellbore Structural Stability, 2002- 2003. (2). Upgrading of local Bentonite as for Oild & Gas Industry,MOSTI (IRPA), 1999 - 2001 (3). Kajian kemungkinan dalam Penggunaan bahn-bahan Simen Tempatan dalam Operasi Kongkrit Telaga Minyak dan Gas, 1996 – 1999. (4). Kajian tentang Masalah Pengeluaran Tanah dalam batu batan Ampangan di Malaysia (Malaysian Reservoir Rock), 1997 – 2000.

ANUGERAH/PENGIKTIRAFAN: (1). Anugerah Editor Terbaik, Yayasan Pembangunan Buku Negara, 2005. (2). Anugerah Perkhidmatn Cemerlang UTM, 1994, 2005, 2006.

A. RAHMAN A. JALAL, PROF. DR.

PROF. DR. A. RAHMAN A. JAMAL.Prof. Dr.
BIDANG PERUBATAN

TOKOH: A. Rahman bin A. Jamal, Prof. Dr. .

TARIKH/TEMPAT LAHIR: ..

PENDIDIKAN : (1). Universiti Kebagsaan Malaysia (UKM) dalam bidangPerubatan, 1985. (2). Sijil Siswazah Pediatriks, Royal College of Physicians of Ireland, 1991. (3). PhD. Hermatologi dan Biologi Molekular, Univerity of London, UK, 1995.

KERJAYA: (1). Pegawai Perubatan, Kementerian Kesihatan Malaysia, 1985 – 1991.(2). Pensyarah, Universiti Kebangaan Malaysia (UKM), 1991 – 1997. (3). Profesor Madya, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), 1997 – 2000. (4). Profesor, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), 2000 – 2006. (5). Pengarah, Institiut Perubatan Biologi Molekular, UKM (UMBI) 2007 -

PENCAPAIAN/SUMBANGAN: (1). Menyumbang kepakaran dalam penyelidikan Stem cell dengan kedudukannya sebagai pengerusi kepada Jawatankuasa penyelidikan stem cell. (2). Memberi nasihat pakar untuk penyakit Thalassermia di Kementerian Kesihatan Malaysia , dengan kedudukannya sebagai Pengerusi Panel, 2004 hingga sekarang. (3). Membri banyak sumbangan kepada program Angkasawan Kebangsaan, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, dengan kedudukannya sebagai Pengerusi Program, 2000 hingga sekarang.(4). Menyumbang kepakaran kepada Pusat Perubatan Pakar Damansara dalam bidang Pediatriks, Haematologis dan Onkologis, 2000 – 2005.

PENULISAN/PENERBITAN : Sejumlah 10 artikel perubatan beliau telah disiarkan dalam pelbagai majalah perubatan di dalam dan luar negeri, antaranya “The Retinoblastoma Gene in Myeloid Leukaemias” British Journal of Haematology, 94, 347 – 351, 1996.

KAJIAN (Antaranya): (1). Mengetuai satu kumpulan penyelidik untuk megkaji “The Establishment of inexpensive, safe and rapid proedure for the prognostication of solid tumors in Malaysian children, 1993 -1995. (2) .Mengetuai tim penyelidik program “Efficacy of leukocyte filters in transfusion dependent thalassaemics, 1998 – 1999. (3).Membuat kajian di peringkat antarabangsa tentang “Analysis of MLL and FLT3 genes in acute myeloid leukaemia, anjuran Japanese Society of Promotion of Science, 1999 – 2000. (4). Membuat kajian secara bersama tentang faktor-faktor molekular, biokimia dan klinikal yang mempengaruhi “expression of familiar hypercholesterolemia,(IRPA), 1993 – 2003. (5). Mengetuai kajian antarabangsa tentang “impact of tazocin-amikacin as first-line empirical antibiotics therapy in paediatric cancer patients with febrile neutropenia, Wyeth, 2001 – 2003. (6). Mengetuai kajian tentang “ hemopoitic chimerism status in recipients of bone marrow transplantation (IRPA), 1999 – 2001.

ANUGERAH/PENGIKTIRAFAN: (1). Transplant Fellow, great Ormond Street Hospital for Sick children, 1995. (2). Felo Penyelidik, Japanese Studies for the Promotion of Science, Japan, 1999. (3). Anugerah bintang kebesaran Ahli Setia Negeri Sembilan (ASNS) oleh Yang dipertuan Besar Negeri Sembilan, 2004. (4). Anugerah Academic Excellence, Fakulti Perubatan UKM, 2005.
.
.

RASHDAN BABA, TAN SRI PROF. EMERITUS DR.

BIDANG PENTADBIRAN

TOKOH: Mohd. Rashdan bin Baba, Tan Sri Prof. Emeritus Dr.

TARIKH/TEMPAT LAHIR: 31 Oktober, 1935 - di Chembong, Rembau, Negeri Sembilan.

PENDIDIKAN : (1). Sekolah Melayu Kota, Negeri Sembilan.(2). Government English School, Tampn, Negeri Sembilan. (3). Kolej Pertanian Serdang, Selangor dengan kelulusan Diploma.(4). University of Reading, United Kingdom dn lulus ijazah Sarjana Muda Sains. (5). University of Leeds, United Kigdom dan lulus ijazah Doktor Falsafah , 1964.

KERJAYA: (1). Pegawai Pertanian di Jabatan Pertanian, Seremban, Negeri Sembilan, 1957. (2). Penolong Pensyarah di kolej Pertanian Serdang, selangor.(3). Agronomis di Jabatan Pertanian, Seremban, Negeri Sembilan, 1964.(4). Pengetua, Kolej Pertanian Malaysia, Serdang, Selangor, 1965 – 1969.(5). Naib-Canselor, Universiti Kebangsaan Malaysia, UKM, Bangi, selangor, 1969 – 1971.(6). Nib-Canselor Universiti Pertanian Malaysia (UPM), 1972 – 1982.(7). Pengerusi Eksekutif Kumpulan Guthrie Sdn. Bhd., 1982 – 1987.(8). Pengerusi Eksekutif Telekom Malaysia Berhad, 1987 - .

KEGIATAN/PERLANTIKAN: (1). Dilantik sebagai Pengerusi Majlis Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sejak 1987.(2). Dilantik Pengerusi Telecommunication Development Advisory Board , Geneva sejak 1993.(3). Dilantik Presiden Asian Association of Agricultural Colleges and Universities, 1978 – 1980.(4). Dilantik Pengerusi Scientific Council of the Scientific Research and Development and Agricultural Science Committee, 1975 – 1979. (5). Dilantik Ahli Lembaga Pengarah RISDA 1972 – 1983.(6). Dilantik Presiden Harvard Busines School Alumni Club Malaysia, 1983 – 1984.(7). Dilantik ahli Majlis Penasihat Regional Cooperation in Education in Asia and the Pacific (UNESCO), 1979 – 1982.(8). Dilantik ahli Lembaga Pengarah Bank Pertanian Malaysia, 1970 – 1989.(9). Dilantik ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Tun Abdul Razak, 1972 – 1989.

INOVASI: (1). Ketika bertuga sebagai Naib-Canselor UKM (1969 – 1971), Tan Sri Rashdan mengambil inisiatif menyelesaikan masalah tenaga pengajar yang kurang mahir dalam bahasa Melayu, terutama dalam bidang Sains, Kejuruteraan, Perubatan dan Teknologi. Beliau mendapatkan pensyarah-pensyarah kontrak dari universiti-universiti di indonesia dalam bidang-bidang ini, seperti Insttut Teknologi Bandung (ITB), Institut Pertanian Bogor (IPB), Universitas Indonesia (UI), Universitas Gajah Mada di Jokjakarta dan Universitas Airlangga di Surabaya. (2).Beliau juga mengambil inisiatif mengimport buku-buku bahasa Indonesia dalam bidang sains, perubatan dan kejuruteran dari negera jiran itu untuk kegunaan mahasiswa dan tenaga pengajar. Baginya, bahasa Indonesia dan bahasa Melayu tidak banyak bezanya. (3). Ketika memimpin Guthrie dan Telekom beliau seboleh mungkin memint mesyuarat dalaman diadakan dalam bahasa Melayu.

ANUGERAH/GELARAN: (1). Anugerah gelaran Profesor Emeritus oleh Universiti Pertanian Malaysia (UPM), 1982.(2). Menerima ijazah kehormat Doktor Sains dari University of Reading, Unied Kingdom, 1986.(3). Menerima ijazah kehormat Doktor Undang-Undang dari Univrsity of Leeds, United Kingdom, 1989.(4). Anugerah bintang kebesaran Johan Setia Mahkota (JSM), 1969(5). Anugerah pingat pekerti Terpilih Negeri Sembilan, 1970.(6). Anugerah bintang kebesaran Panglima Setia Mahkota (PSM), 1974.(7). Anugerah bintang kebesaran Darjah Paduka Mahkota Selangor (DPMS), 1972.(8). Anugerah bintang kebesaran Darjah Seri Indera Mahkota Pahang (SIMP), 1991

Wednesday 19 March 2008

FATIMAH HAMID DON, DATO'

BIDANG PENDIDIKAN


DATO' FATIMAH HAMID DON

TOKOH: FATIMAH HAMID DON, DATO’

TARIKH/TEMPAT LAHIR: 10 JULAI 1933, DI BATU GAJAH, PERAK.

PENDIDIKAN : (1) SEKOLAH MELAYU IPOH; SEKOLAH AGAMA PENANTI, BUKIT MERTAJAM, PULAU PINANG .(2). UNIVERSITI MALAYA, SINGAPURA, 1951-1956. SARJANA MUDA SASTERA DENGAN KEPUJIAN. (TERAKHIR). IJAZAH DOKTOR FALSAFAH DALAM BIDANG PENDIDIKAN, 1971.

KERJAYA: (1) PENSYARAH PUSAT PERGURUAN HARIAN, KUANTAN 1958. (2) PENSYARAH MAKTAB PERGURUAN BAHASA, LEMBAH PANTAI, KL. 1959. (3). DEKAN FAKULTI PENDIDIKAN UNIVERSITI MALAYA, 1975 (4). PROF. PERKEMBANGAN KURIKULUM. (5). PROF. KEHORMAT KERUSI TUN ABD. RAZAK, OHIO UNIVERSITY, USA 1983-1985.

PENCAPAIAN: WANITA MELAYU PERTAMA DILANTIK SEBAGAI PROFESOR DALAM BIDANG KURIKULUM PENDIDIKAN.

INOVASI: MERANCANG SECARA KONPREHENSIF KURIKULUM PENDIDIKAN DALAM SISTEM PENDIDIKAN DI MALAYSIA.

ANUGERAH/GELARAN:
(1). ANUGERAH PI LAMBDA THETA, PINGAT TUN FATIMAH OLEH MAJLIS PERGABUNGAN PERTUBUHAN-PERTUBUHAN WANITA MALAYSIA (NCWO). (2). PINGAT DATO’ SETIA DIRAJA KEDAH (D.S.D.K.) OLEH SULTAN KEDAH YANG MEMBAWA GELARAN DATO’. (1989) (3). PENGHARGAAN DARIPADA JAWATANKUASA WANITA SOVIET RUSSIA UNTUK JEMPUTAN MELAWAT USSR, 1971.(4). ANUGERAH “CITIZEN OF THE AGE OF ENLIGHTENMENT AWARD: OLEH MAHARISHI EUROPEAN RESEARCH UNIVERSITY, SWITZERLAND AND MALAYSIAN COUNCIL OF THE SCIENCE CREATIVE INTELLIGENCE (MFSCI). 1976.(6). AHLI SEUMUR HIDUP INTERNATIONAL COUNCIL ON EDUCATION FOR TEACHING (ICET). (7).AHLI KEHORMAT OHIO UNIVERSITY INTERNATIONAL ASSOCIATION (1985)

Monday 17 March 2008

HASSN AHMAD, DATUK DR.

Datuk Dr. Hassan Ahmad

BIDANG PENERBITAN


TOKOH: Hassan Ahmad, Datuk Dr.

TARIKH/TEMPAT LAHIR: 8 Disember 1936, di Muar, Johor.

PENDIDIKAN : (Awal) Sekolah Melayu Mersing, 1942 – 1943, Sekolah Melayu Muar,1945 - 1948. (Terakhir). Universiti Malaya, Kuala Lumpur, dan lulus ijazah. (?)

KERJAYA: (1). Penolong Pegawai Daerah Pontian, Johor, (2). Pegawai Penyelidik di Dewan Bahasa dan Pustaka, 1963 .(3). Ketua Pengarah DBP, 1976. (4). Wakil Tetap Malaysia ke UNESO di Paris, 1988. (5). Pengerusi Ksekutif Yayasan Karyawan.

PENCAPAIAN: (1). Di bawah pimpinan beliau DBP berjaya menjadi sebuah penerbit buku yang terbesar di Malaysia yang menerbitkan buku dari peringkat Tadika hingga ke peringkat pengajian tinggi. (2) Beliau juga berjaya mempertingkat usaha penterjemahan buku umum dan ilmiah daripada bahasa-bahasa lain terutama bahasa Inggeris ke bahasa Melayu.(3) Ketika memimpin Yayasan Karyawan beliau mengambil inisiatif memperbanyak penerbitan judul-judul klasik dalam bentuk penerbitan mewah.

INOVASI: (1) Ketika memimpin DBP, beliau membantu merancang dan membina bahasa saintifik dan bahasa ilmu dan sebagai pengerusi Majlis Bahasa Indonesia, Malaysia dan Brunei Darussalam beliau memainkan peranan penting ke arah penyatuan bahasa Melayu. (2) Meranang strategi pembangunan buku dan meningkatkan minat membaa dalam kalangan masyarakat Asia-Pasifik.

PENULISAN/PENERBITAN: Antara buku asli dan terjemahan yang telah diterbitkan ialah (1). Bahasa, Sastera, Buku – Cetusan Fikiran Hassan Ahmad, DBP,1988). (2).Syair, DBP 1964. (3). Bangsa-Bangsa Bersatu dan pertubuhan-Pertubuhan Khasnya, DBP 1966. (4). Aspek Kemanusiaan Dalam Perusahaan, (Terjemahan) DBP 1984. (5). Eksekutif Yang Berkesan, (Terjemahan), 1984. (6). Sukarnya Membuat Pilihan (terjemahan), 1986. Juga menulis dalam kolum “Kaca Di Jendela” dalam majalah Dewan Masyarakat, terbitan DBP, ketika berada di Paris sebagai wakil Malaysia ke UNESCO.

ANUGERAH/GELARAN: (1). Anugerah bintang kebesaran Darjah Kesatria Mangku Negara (KMN) oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong, 1973. (2). Anugerah bintang kebesaran Darjah Datuk Ismail Johor (Setia Negeri Sembilan (DSNS), yang membawa gelaran Dato’., 1978.
.

Sunday 16 March 2008

SITI ZURAINA ABDUL MAJID, DATO'

BIDANG KEBUDAYAAN


DATO' SITI ZURAINA ABDUL MAJID

TOKOH: Siti Zuraina binti Abdul Majid, Dato’.

TARIKH/TEMPAT LAHIR: 3 Oktober 1944, di Kuala Lumpur..

PENDIDIKAN : (Awal) Sekolah Melayu Kampung Baru, 1951. (Terakhir) Yale University, USA dan lulus PhD dalam bidang Antropologi, 1978.

KERJAYA: (1). Pengajar di Universiti Malaya, Kuala Lumpur, 1967 -1969. (2). Pensyarah, di Universiti Malaya, Kuala Lumpur, 1971. (3). Pensyarah di Universiti Sains Malaysia (USM) Pulau Pinang, (4). Profesor Madya di Universiti Sains Malaysia (USM) Pulau Pinang,1985 – 1990. (5). Profesor dalam bidang Antropologi di universiti Sains Malaysia (USM) Pulau Pinang, 1991-1994. (6). Pengarah Pusat Penyelidikan Arkeologi Malaysia, di Univrsiti Sains Malaysia (USM) Pulau Pinang, 1995.

PENCAPAIAN: (1). Terlibat dalam ekskavasi (penggalian) di Lembang Bujang, Kedah, Gua Niah (Sarawak), Tembeling (Pahang), Bukit Tengkorak, Tingkayu, dan Pulau Balambangan (Sabah).(2). Juga terlibat dalam ekskavasi di luar negara, seperti di Thailand dan Filipina.

INOVASI: Usahanya untuk menggali artifak purba di sekitar kawasan Kota Tampan, Bukit Jawa dan lenggung membawa krpada penemuan “manusia Perak”, sekaligus mengesahkan keyakinannya bahawa manusia telah wujud di di Semenjanung Tanah Melayu sejak Zaman Batu lagi.

ANUGERAH/GELARAN: (1). Anugerah bintang kebesaran Pingat Kelakuan Terpuji (PKT) oleh Kerajaan Pulau Pinang, 1987. (2). Anugerah bintang kebesaran Dato’ Paduka Mahkota Perak (DPMP) 1993. (3). Anugerah Pingat Emas untuk Penyelidikan dari Rotary Research Foundation, Malaysia, 1990.

SITI NORMAH YAAKOB, DATO'

BIDANG UNDANG-UNDANG

TOKOH: Siti Normah Yaakob, Dato’

TARIKH/TEMPAT LAHIR: 6 Julai 1940, di Seremban, Negeri Sembilan.

PENDIDIKAN : (Awal) Sekolah Melayu Rahang, 1945 – 1946. (Terakhir). Grave’s Inn, London, United Kingdom, 1962. dalam bidang Undang-Undang dengan ijazah Barrister-at-Law.

KERJAYA: (1). Penolong Pendaftar Kanan di Mahkamah Tinggi Kuala lumpur, 1963 – 1965. (2). Yang Dipertua Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, 1965 – 1968.(3). Peguam Kanan Persekutuan di Jabatan Peguam Negara, 1969.(4). Timbalan pemegang Amanah Raya, 1969 – 1970.(5). Penolong Pengarah Kanan (bahagian Duti dan Harta Pesaka) di Jabatan Hasil Dalam Negeri, 1970 – 1973.(6). Yang Dipertua Mahkamah Sesyen kali kedua, 1973 – 1980.(7). Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia, 1980 – 1983.(8). Hakim Mahkamah Tinggi, April 1983 – Ogos 1994.(9). Hakim Mahkamah Rayuan Malaysia, September 1994

PENCAPAIAN: (1). Menjadi Hakim Mahkamah Tinggi wanita yang pertama di Malaysia, 1983.(2). Menjadi Hakim Mahkamah Rayuan wanita yang pertama di Malaysia, 1994.

PENULISAN/PENERBITAN: Kertas kerja “The Disparity Between Tradition and the Need for Change Identification and Some Possible solution to Delay in Case Disposition”.

ANUGERAH/GELARAN: (1). Anugerah bintang kebesaran Jasa Setia Mahkota (JSM), 1978.(2). Anugerah bintang kebesaran Darjah Setia Negeri Sembilan (DSNS), yang membawa gelaran Dato’., 1978. (3). Anugerah Fellow oleh Eisenhower Exchange Fellowship Inc., 1990
.

SHAHRUM YUB, DATO'

BIDANG KEBUDAYAAN

TOKOH: Shahrum Yub, Dato’.

TARIKH/TEMPAT LAHIR: 21 April 1934, di Tanjung Malim, Perak.

PENDIDIKAN : (Awal). Sekolah Melayu Pulau Tiga, Tepus, Tanjung Belanja dan di Tanjung Malim, Perak. (Terakhir) University of Leeds, England sehingga lulus Sarjana Muda Sastera (Antropologi), 1960

KERJAYA: (1). Kurator Etnologi di Jabatan Muzium, 9 Januari 1962. (2). Pengarah Muzium Negara, 13 Mac 1967. (3). Ketua Pengarah Muzium Negara, 1 Januari 1972. (3). Penasihat Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan, 1 Jun 1991.

PENCAPAIAN: (1). Berjaya meningkatkan dan memajukan Muzium Negara sehingga institusi berkenaan menjadi salah sebuah muzium yang terkenal di Asia Tenggara, malah di seluruh Asia.

INOVASI: (1). Membina artifak-artifak muzium dan meningkatkan kemahiran tenaga pakar yang berkhidmat dalam pelbagai bidang di institusi bekenaan.(2). Untuk menimbulkan kesedaran terhadap adat resam, kebudayaan dan sejarah silam dalam kalangan pengunjung, beliau mngambil inisiatif untuk mengadakan pameran secara berkala, antaranya Pameran Seni Pertukangan Tangan, Manuskrip Melayu, Tamadun Islam Antarabangsa, Pameran Seniman Agung Tan sri p. Ramlee dan Khazanah Dari Kubur.
PENULISAN/PENERBITAN: Menghasilkan beberapa buah buku, iaitu (1). Senjata Pendek Orang Melayu, 1967. (2) Mah-meri Masks, 1965; (3). Mah-meri Sulpture, 1969. (4). Bebrapa makalah tentang kebudayaan,, seni, adat resam dan permainan orang Melayu dalam majalah Journal Art of Asia dan Federation Museum Journal.

ANUGERAH/GELARAN: (1). Anugerah bintang kebesaran Dato’ Paduka Cura Simanja (DPCM) kini yang membawa gelaran Dato’, 1981. (2) Anugerah Ramon Magsaysay dari Yayasan Magsaysay, Filipina, 1978. (3). Anugerah Yayasan Tun Abdul Razak, 1989.

P. RAMLEE, TAN SRI

BIDANG KEBUDAYAAN

TAN SRI TEUKU ZAKARIA BIN TEUKU NYAK PUTEH (P. RAMLEE)


TOKOH: Teuku Zakaria Bin Teuku Nyak Puteh (P. Ramlee)

LAHIR: 22 Mach 1926. Meninggal dunia pada 29 Mei 1973. 40A, Jalan Counter Hall, Pulau Pinang

PENDIDIKAN : (Awal) Sekolah Melayu Kampung Jawa, Pulau Pinang; (Terakhir) Penang Free School, 1945.

KERJAYA: (1) Seniman (Penyanyi dan , pelakon) dan Pengarah filem dengan Malay film Productions, Jalan Ampas, Singapura. (2). Pengarang Majalah Bintang dan Gelanggang Ffilem di Singapura yang diusahakan bersama Dato’ Abdullah Hussein.. (3). Menubuhkan tiga syarikat perfileman, iaitu Perusahaan filem Malaysia (Perfima), Sazara Film Company dan Syarikat Rumpun Melayu.

PENCAPAIAN: (1). Berlakon dan mengarah dalm 66 buah filem. (2). Mencipta dan mengubah 359 buah lagu. (2) Membentang kertas kerja tentang Masa Depan Perfileman Melayu di Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Ketiga di Singapura dan Johor Bahru pada tahun 1956 dan Kongres Kebudayaan Kebangsaan 1971 di Universiti Malaya.


Kelihatan dari kiri Ajikik, Puan Sri Saloma dan Dian P.Ramlee (No. 4 kiri) di majlis makan malam bersama penulis di Restoran Bertam, Kuala Lumpur, Mac 1976. Antara yang hadir di majlis itu ialah Dato' Usman Awang, Dato' M. Noor Azam, Haji Maaruf Saad, Haji Ayob Yamin, Haji Hamdan Yahaya. Sutong Umar Rs, Rashid Azad Khan, Zahari Affandi, Siti Zainon Ismail dan Khadijah Hashim.

INOVASI: (1). Mencipta istilah baru, iaitu Pawagam, untuk kependekan tiga perkataan Panggung wayang Gambar dan Kugiran untuk kumpulan gitar rancak. (2) Membuat pembaharuan dalam bidang muzik dengan memperkenalkan irama dan lagu melalui kumpula Panca Sitara I dan II.

ANUGERAH/GELARAN: (1). Anugerah Muzik terbaik untuk filem Hang Tuah di Festival Filem Asia Ke-3 d Hong Kong, 1956. (2). Anugerah bintang kebesaran Ahli Mangku Negara (AMN) oleh Yang Dipertuan Agong, 1962. (3). Anugerah bintang kebesaran Johan Setia Mahkota (JSM) oleh Yang Dipertuan Agong, 1990

MOHAMED NOR AHMAD, DATUK.

BIDANG PENDIDIKAN


DATUK HAJI MOHAMED NOR BIN AHMAD

TOKOH: Mohamed Nor Bin Ahmad, Datuk Haji.
LAHIR: 2 November 1911 –

PENDIDIKAN : (1). Sekolah Melayu Gopeng, Perak. (2). Sekolah Melayu Chowrasta, Pulau Pinang, 1918. (3). Skolah Kebangsaan Sg. Gelugor, Pulau Pinang, 1923 – 1925 (Tamat Darjah IV). (4). Maktab Perguruan Idris,Tanjung Malim, Perak (SITC) 1929-1932.

KERJAYA: (1). Guru Pelatih di Sekolah Melayu Sg. Gelugor, Pulau Pinang, 1927. (2). .Guru terlatih Sekolah Melayu Chowrasta, Pulau Pinang, 1933. (3). Guru Pelawat Kerja Tangan dan Senaman Negeri Pulau pinang, 1934. (4). Guru Besar Sekolah Menengah Jepun di Pyket Avenue, Pulau Pinang, 1942 – 1945. (5). Guru Pelawat, 1945. (6). Guru Besar Sekolah Melayu Jelutong, 1952 – 1962 (Bersara)

PENCAPAIAN: (1). Mengasaskan Kesatuan Persektuan Guru-Guru Melayu Semenanjung (KPGMS) pada tahun 1946. (2). Dilantik sebagai Presiden Persatuan Melayu Pulau Pinang (PEMENANG). (3). Dilantik menganggotai Lembaga Pengampunan Negeri Pulau Pinang, 1969. (4). Dilantik sebagai salah seorang pengasas untuk menubuhkan institusi Dewan Bahasa dan Pustaka. (5). Menjadi Pengarang Majalah Guru terbitan KPGMS 1950 – 1961. (6). kelambatan Kerajaan di bawah Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman untuk melaksanakan dasar pelajaran yang mahukan bahasa Melayu dijadikan bahasa pengantar di semua peringkat persekolahan, beliau berjaya memujuk ribuan guru Melayu keluar daripada parti UMNO. Beliau dipecat sehinggalah keahlian beliau diterima semula ketika teraju parti itu diambil alih oleh Tun Abd. Razak Hussein.

INOVASI: (1). Sebagai Pengerusi Jaatankuasa Pelajaran, beliau merangka dasar pelajaran sekolah Melayu ang membolehkan anak-anak Melayu mendapat pendidikan dari peringkat sekolah rendah hingga ke peringkat universiti dengan bahasa pengantarnya bahasa Melayu. (2). Menyediakan memroandum penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka untuk dibentang dalam Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Ke-3 di Johor Bahru dan Singapura, setelah mendapat inspirasi daripada penubuhan Balai Pustaka di Jakarta. ,

ANUGERAH/GELARAN: (1). Anugerah Tokoh Guru oleh Kementerian pelajaran Malaysia, 1975. (2). Anugerah Darjah Setia Pangkuan negeri oleh Kerajaan negeri Pulau Pinang yang membawa gelaran Datuk, 1981.

HAMDAN SHEIKH TAHIR, TUN

BIDANG PENDIIKAN


TUN HAMDAN SHEIKH TAHIR

TOKOH: Hamdan Sheikh Tahir, Tun.

TARIKH/TEMPAT LAHIR: 27 April 1921 di Pulau Pinang.

PENDIDIKAN : (Awal) Sekolah Madrasah Haji Taib, Parit Jamil, Muar, Johor ; Sekolah Melayu Tanglin Kecil, Singapura; Sekolah Melayu Sultan Idris Dua, Kuala Kangsar. (Terakhir): University of Nottingham, United Kingdom (Social Science), 1949 – 1950; Universiti Malaya, Singapura, 1955 – 1956

KERJAYA antaranya: (1) Guru Besar, Sekolah Melayu Iskandar, Parit, Perak, 1952 -1953. (2). Pengetua, Sekolah Tunku Abd. Rahman (STAR), Ipoh, Perak, 1957 – 1960.(3).Pengarah Pelajaran, Kementerian Pelajaran Malaysia. (4). Naib-Canselor, Universiti Sains Malaysia (USM).(5). Tuan Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Mei 1989 (6). Wakil Tetap merangkap Duta Malaysia ke UNESCO di Paris.

PENCAPAIAN: (1). Melaksanakan sepenuhnya Laporan Rahman Talib, 1961.

INOVASI: (1). Mempastikan pelaksanaan dasar untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pngantar di sekolah-sekolah hingga ke peringkat universiti. (2). Melaksanakan penggunan bahasa Melayu dlam bidang pentadbiran dan pengurusan serta perkuliahan, semasa menjadi Naib Canselor USM. (3). Memperluas peranan DBP ke Sabah dan Saraak dengan menubuhkan Cawangan di kedua-dua negeri berkenaan. (4). Ketika menjadi Pengerusi kepada Lembaga Pengelola DBP, beliau mewujudkan skim bantuan kepada penulis yang kemudiannya dikenali sebagai Penulis Tamu.
.
PENULISAN/PENERBITAN: Buku Hari ini untuk Esok

ANUGERAH/GELARAN ANTARANYA: (1). Certificate of Patriotic Service oleh Adult Education ASSA of Malaysia, 1963. (2). Anugerah Bintang Kesatria Negara (KMN), 1965. (3). Anugerah Panglima Mangku Negara (PMN) yang membawa gelaran Tan Sri oleh Kerajaan Malaysia. (4). Ijazah Kehormat Doktor Undang-Undang dari Universiti Malaya, 1976.(5). Anugerah Darjah Mulia Pangkuan Negeri (DMPN) oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang, yang membawa gelaran Datuk, 1989. (6). Anugerah Darjah Seri Maharaja Mangku Negara (SMN) yang membawa gelaran Tun, 1989.

AZMAN HASHIM, TAN SRI

BIDANG EKONOMI


TAN SRI AZMAN HASHIM

NAMA TOKOH: Azman Hashim, Tan Sri

TARIKH/TEMPAT LAHIR: Julai 1939, di Kampung Baru, Kuala Lumpur.

PENDIDIKAN : (1). Sekolah Lelaki Melayu,Setapak, Kuala Lumpur. (2). Methodist Boys School, Sentul, Kuala lumpur. (3). Institusi Pengajian Tinggi di Perth, Australia, dalam bidang Perakaunan, dan berjaya memperoleh Ahli Fellow Institiut Akauntan Berkanun Australia (FCA Aust.) dan Ahli Fellow Chartered Institue of Secretaries (FCIS), 1960.

KERJAYA: (1). Akauntan dengan OL Haines & Co. di Perth, Australia, 1955 – 1960. (2). Akauntan di Bank Negara Malaysia, 1960 – 1963. (3). Pengarah Eksekutif, Malayan Banking Berhad, Kuala Lumpur 1966 – 1975. (4). Pengerusi Eksekutif, Kwong Yik Bank Berhad, Kuala Lumpur, 1980 - 1982. (5). Pengusaha bank (mengambil alih Arab Malaysian Merchant Bank = AAMB) dengan memiliki 100% saham, sejak 1982. (6). Pengerusi Eksekutif Kumpulan Arab-Malaysia Development Berhad, Kumpulan Arab-Malysia merchant Bank Bhd, Kumpulan Rediffusion (Malaya) Sdn. Bhd. Dan Kumpulan Arab-Malaysian Corporation Berhad, 1982 hingga sekarang.

PENCAPAIAN: (1). Berjaya mendapat biasiswa kerajaan Australia untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang Perakunan di Perth, Australia ketika berusia 16 tahun. (2). Menubuhkan firma perniagaan secara kongsi, Syarikat Azman & Co. , yang merupakan syarikat Bumiputra pertama menjalankan perniagaan akauntan berkanun di Malaysia, Mei 1964. (3). Berjaya menuasi 40% saham Taipin Textiles. (Arab-Maaysian Development Berhad = AMDB). (4). Berjaya memiliki 100% saham Arab=Malaysian Merchant Bank (AMMB) yang menguasai bebrapa kawasan hotel dan estet mewah di kawasan “tiga segi emas” (the golden triangle) di Kuala Lumpur, 1982. (5). Mengambil alih saham syarikat Temerloh Rubber Estate Berhad, 1988. (6). Melabur dalam syarikat muzik, Kumpulan Rediffusion Sdn. Bhd., (7). Terpilih sebagai tokoh bank terbaik di Asia oleh majalah Asian Finance, 1986. (8). Terpilh sebagai Ahli Perniagaan Terbaik ASEAN, 1993.

INOVASI: Memperkenalkan sistem komputer serta menekankan kepentingan mengiklan dan mempromosikan perniagaan perbankan.

ANUGERAH/GELARAN: (1). Anugerah bintang kebesaran Kesatria Mangku Negara (KMN), 1972. (2). Anugerah bintang kebesaran Dato’ Paduka Mahkota Selangor (DPMS), 1980. (3). Anugerah bintang kebesaran Johan Mangku Negara (JMN), 1984. (4). Anugerah bintang kebesaran Panglima Setia Mahkota, (PSM), 1988. (5). Ijazah Kehormat Doktor Falsafah oleh Universiti Utara Malaysia, 1990.(6). Ijazah Kehormat Doktor Falsafah dalam Pentadbiran Perniagaan oleh International Management Centre United Kingdom, 1992.

ASIAH ABU SAMAH, DATO'

BIDANG PENDIDIKAN


DATO' ASIAH ABU SAMAH

TOKOH: Asiah Abu Samah, Dato’

TARIKH/TEMPAT LAHIR: 1 Mac 1937 di Parit, Perak.

PENDIDIKAN AWAL:(Awal) Sekolah Rendah Melayu, Kuala Kangsar.(terakhir) : Universiti Malaya, Kuala Lumpur, dan lulus ijazah Sarjana Pendidikan, 1978.

KERJAYA (ANTARANYA): Pensyarah Bahasa di Institiut Bahasa Lembah Pantai, Kuala Lumpur, 1966. Pengarah Pusat Perkembangan Kurikulum , Kementerian pendidikan Malaysia, 1976 – 1989. Ketua Pengarah Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia, 1991.

PENCAPAIAN: Menjadi wanita Malaysia pertama menyandang jawatan Ketua Pengarah Pendidikan di Malaysia.

INOVASI: (1). Mereka bentuk kurikulum dan kaedah pengajaran ilmu bahasa di Institut Bahasa, Kuala Lumpur. (2) Memperkemas pengurusan dan mempertingkat kejayaan akademik kolej tunku Khursiah.

PENULISAN/PENERBITAN: (1). Buku Kurusus Bahasa Kebangsaan Untuk Tingkatan 1-5 dengan pengarang bersama Abdul Razak Nordin dan Zainol Ariffin. 1962. (2). Buku Bahasa Melayu Untuk
Menengah Atas, dengan pengarang bersama Abdul Razak Nordin, 1962.

AHMAD NOORDIN HJ. ZAKARIA, TAN SRI

BIDANG EKONOMI


TAN SRI AHMAD NOORDIN HAJI ZAKARIA

NAMA TOKOH: Ahmad Noordin Haji Zakaria, Tan Sri

TARIKH/TEMPAT LAHIR: 18 Februari 1921 di Kampung Seberang, Pasir Mas,

PENDIDIKAN : (Awal) Sekolah Melayu Bandar Pasir, Kelantan, 1931 – 1935 (Terakhir) Mengikuti pelajaran melalui pos dalam bidang perakaunan dan undang-undang anjuran Chartered Institute of Secretaries, Australia, 1961-62.

KERJAYA antaranya: (1). Pegawai Kewangan Negeri Pahang, 1961.(2). Penolong Ketua Setiausaha Kementerian Kewangan Malaysia 1963.(3). Timbalan Pengarah Kewangan, Kementerian Kewangan Malaysia, 1965. (4). Pengarah Belanjawan, Kementerian Kewangan Malaysia, 1968. (5). Timbalan ketua Setiausaha Perbendharaan, Kementerian Kewangan Malaysia, 1972 – 1976. (6). Ketua Audit Negara, 1976 – 1986 (6). Pengerusi Jawatankuasa Penyiasat Skandal MBF, 1984.

PENCAPAIAN: Kejayaan mengawal peruntukan tahunan bagi melaksanakan Rancangan Lima Tahun ketika menjadi Pengerusi Jawatankusa Pengawalan peruntukan Rancangan Lima Tahun Malaysia.

INOVASI: Melaksanakan proses pembaharuan dalam sistem belanjawan dan perakaunan dalam sektor awam. .

ANUGERAH/GELARAN: (1). Anugerah Darjah Dato’ Pauka Setia Mahkota Kelantan (DPSK) yang membawa gelaran Dato’, 1972. (2). Anugerah Darjah Seri Paduka Mahkota Kelantan (SPMK), 1986. (3). Anugerah Darjah Panglima Setia Mahkota (PSM) yang membawa gelaran Tan sri, 1979. (4). Anugerah Ijazah Doktor Kehormat Undang-Undang daripada Universiti Malaya, 1984.

AB. AZIZ ABDUL RAHMAN TAN SRI

BIDANG EKONOMI


TAN SRI ABDUL AZIZ BIN ABDUL RAHMAN

TOKOH: ABDUL AZIZ ABDUL RAHMAN, TAN SRI.

LAHIR: 3 OKTOBER 1933 - , PASIR PEKAN, KOTA BHARU, KELANTAN

PENDIDIKAN : (AWAL) SEKOLAH MELAYU PASIR PEKAN; (TERAKHIR) LINCOLN’S INN LONDON DALAM PENGAJIAN UNDANG-UNDANG DAN LULUS LULUS BARRISTER-IN-LAW, 1967

KERJAYA (ANTARANYA): (1).PENGARAH URUSAN DAN KETUA EKSEKUTIF MAS , 1982; (2). PENGERUSI DAN RAKAN KONGSI SYARIKAT PERKAPALAN HALIM MAZMIN GROUP OF COMPANIES.

PENCAPAIAN: (1). MERUNDINGKAN ISU PEROMBAKAN SISTEM PENERBANGAN MALAYSIA –SINGAPURA (MSA) DENGAN KERAJAAN SINGAPURA YANG BERAKHIR DENGAN PEMISAHAN MSA MENJADI SINGAPORE AIRLINES (SIA) DAN MALAYSIAN AIRLINES SYSTEM (MAS), 1971. (2). MEWUJUDKAN PUSAT PENYELENGGARAAN KAPAL TERBANG DAN PNGENDALIAN KARGO DUNIA.

INOVASI: (1). MELAKUKAN ROMBAKAN DALAM STRUKTUR OGANISASI MAS. (2). MEMPERKENALKAN BEBERAPA JABATAN PENTING YANG BARU DALAM MAS; (2). MEMODENKAN DAN MENGKOMPUTERKAN PENGURUSAN. PENTADBIRAN DAN MENGAWAL KUALITI PERKHIDMATAN KEPADA PELANGGAN.

ANUGERAH/GELARAN: ANUGERAH DARJAH PANGLIMA SETIA MAHKOTA (PSM) OLEH SRI PADUKA YANG DIPERTUN AGONG YANG MEMBAWA GELARAN TAN SRI PADA APRIL 1989.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MALAYSIAN LEADERS GAZEBO

SO THEY SAY...

SO THEY SAY...

"A.F.Yassin dalam cerpenya "Dendam" berjaya menghidupkan ceritanya dalam bahasa yang berjiwa; sesuai dengan pertentangan-pertentangan yang dialami oleh Salim atau oleh Yanti sendiri. "Plotnya bersifat sorot pergi sebagai satu gaya untuk mengembangkan kisah pada satu detik tetapi menghimbau kisah itu kepada kisah lampau dan juga kisah akan datang. Latarnya di Indonesia. Cerpen ini hidup kerana tidak dibiar berkisar di luar persoalan. Olahan cerpen bepusar keseluruhannya pada watak Yanti..." (Dato' Shahnon Ahmad, Mingguan Malaysia, 14 November 1976.)



" The former editor of a publishing house, A.F.Yassin, recently put out Sembang Sastera: Bersama Orang Persuratan (Fajar Bakti, 1998,310 pages), in which he talks to 64 Malay writers and literary activists of varying stature, who muse on their lives and what they have been up to. Chatty. Frank, nostalgic, irreverent, these conversations are light, in response to A.F.Yassin’s equally casual probing. His target is largely a small and shrinking group of people aged around 60 and above, loyal supporters of the Jawi-scripted Utusan Zaman, in which most of these Sembang-Sembang first appeared.



"Now that these Sembang-Sembang have been romanised, and packed in a handsome hardcover book, more readers , especially literary researchers, local and foreign, can be expected to benefit from them. Of course, the information ranges from the revealing to the trivial, but the book is pertinent as it provides insight on what went on in the world of Malay letters.



"…Sembang Satera is invaluable, especially to students of contemporary Malay literature, because it provides a cauldron of tidbits, with which to spice up the perennially long-overdue assignment.” - (Zakaria Ali, "Notes on Local Literature, fortnightly with Zakaria Ali, New Straits Times, 27 January, 1999."



"Yassin merupakan penulis yang berilmu dalam dua bidang dan seterusnya melibatkan diri dalam tiga dimensi. Bidang-bidang keilmuan dan keahliannya ialah komunikasi dan sastera, sementara kegiatannya dalam bidang penulisan kreatif dan deskriptif dan serentak dengan itu, turut kreatif dalam penghasilan dan penerbitan buku sesuai dengan profesion terkininya." (Asri Affandi, Mingguan Malaysia, 27 Disember 1987.)



"A.F.Yassin dalam bukunya Etika dan Wartawan berpendapat, pemberitaan akhbar di negara ini boleh dikatakan hanya berpandu kepada etika sejagat dan norma serta kebiasaan hidup masyarakat majmuk. Ketiadaan kod etika kewartawanan juga seperti yang ditekan oleh A. Samad Said telah menjadikan akhbar mengamalkan dasar swaying with the wind, bukan merupakan agent of change, serta cenderung menyuarakan dasar dan strategi pihak penerbit suratkabar itu sendiri." (Harakah, 31 Mei 1993.)

Tidak tahu kenapa dia meninggalkan lapangan guru dalam tahun 1962 kemudian sanggup pula menjadi seorang Juruteknik di sebuah kilang tekstil di Johor Bahru. Apakah dia memikirkan kurangnya anak Bumiputra berminat dalam lapangan teknikal atau kerana mula nampak bintangnya lebih mengerdip jika dia meninggalkan lapangan guru?

Yang ternyata sewaktu berada di Textile Corporation of Malaya Berhad Johor Bahru, dia telah dapat mengikuti latihan teknikal di Nagoya, Jepun selama enam bulan dalam tahun 1969. Di Jepun dia baru dapat melihat perbezaan zikap dan tingkah laku manusia pekerja Jepun dengan bangsanya sendiri. Setelah menimba pengalaman di Jepun, tercetus pula keinginannya untuk menulis rencana bersirinya di Utusan Malaysia, Utusan Zaman dan Mingguan Malaysia. Semuanya menceritakan pengalamannya di Jepun.

Kemampuan menulis telah meransangnya menapak ke bidang kerja yang lain. Dia menjadi Penyunting Berita Harian dalam tahun 1971. Semasa di New Straits Times Press (M) Bhd., dia banyak pula menghasilkan cerpen. Dia terus melanjutkan penulisan fiksyen apabila dilantik menjadi Penolong Editor dan kemudiannya meningkat sebagai Editor majalah Dewan Masyarakat.

Melihat kemampuannya menulis artikel dan cerpen di tengah-tengah kesibukannya sebagi seorang Editor, jelaslah kepada kita bahawa seorang editor yang sibuk tidak semestinya tidak boleh menulis. Pokoknya dia tidak mengenal erti kelelahan dan kesibukan bila dia diransang untuk menulis. ("Karyawan Bulan Ini", Dewan Sastera, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, Mac 1983).